Perbezaan WordPress Dan Blogspot


Pada masa ini, semakin ramai orang yang menggunakkan internet khususnya di Malaysia. Jadi tidak hairanla semakin ramai yang memiliki blog, tidak kira la menggunakan platform percuma atau atau menggunakan nama domain berbayar.
Tapi mungkin masih ada yang masih ada yang keliru nak guna platform yang mana satu untuk buat blog, platform blog yang popular orang guna sekarang adalah WordPress dan Blogger.com. Jadi antara dua ini nak pilih yang mana satu?
Kedua-dua platform ini ada kelebihan dan kekurangan jadi mari kita lihat perbezaan platform blog ini.
Kelebihan dan kekurangan Blogspot
Kelebihan Blogspot :
  • Mengunakan Blogspot sebagai platform untuk blog adalah percuma dan anda boleh access ke account blog pada bila-bila dan di mana jua anda berada.
  • Sangat mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan, jika pertama kali guna pun anda akan mudah paham jika anda rajin explore.
  • Boleh buat banyak blog dalam satu account dan unlimited bandwidth.
  • Blogspot adalah milik Google jadi potensi blog anda di indexs dengan cepat adalah tinggi berbanding platform blog percuma yang lain, ini pada pandangan saya dan pernah guna blogspot.
  • Mudah untuk letak banner iklan pada blog dan mudah untuk susun.
  • Boleh gunakan Nama domain anda sendiri tanpa “blogspot” pada blog,sebagai contoh: namadomainanda.com.
Kekurangan Blogspot :
  • Tiada autoping, jadi perlu dilakukan secara manual.
  • Tiada tool-tool yang membantu untuk memudahkan kerja, seperti kerja-kerja melawan spam.
  • Tidak boleh edit comment.
Kelebihan dan kekurangan WordPress
WordPress terbahagi kepada dua iaitu blog percuma dan self hosted, platform wordpress percuma adalah blog yang menggunakan extension “wordpress.com” sebagai contoh namadomain.wordpress.com, selfhosted pula blog yang menggunakan webhosting dan nama domain sendiri.
Kelebihan menggunakan WordPress :
  • Jika anda menggunakan version percuma anda tidak perlu bayar apa-apa.
  • Jika menggunakan wordpress versi selfhosted, banyak plugin yang boleh membantu melancarkan kerja-kerja blogging anda.
  • Jika anda menggunakan selfhosted, anda boleh backup database blog anda sebab jika webhosting anda mengalami kegagalan atau apa-apa pun masalah menyebabkan artikel-artikel yang anda usahakan hilang anda tidak perlu untuk memulakan semula sebab anda sudah ada backup.
  • WordPress juga mesra pengguna.

Jadi, yang mana satukah pilihan anda??? Anda yang tentukan……


No comments:

Post a Comment