5 FAKTA LAMBORGHINI

Korang semua mesti tahu pasal lamborghini kan? Kereta mewah yang sangat sporty dan popular di dunia. Harga kereta ni dengan malaysia memang mencecah 1 juta ringgit malaysia! bukan 1 juta rupiah.
Aku nak share 5 fakta best tentang lamborghini dengan korang
Fakta 1
Tahukah kereta keluaran lamborghini yang paling laju adalah Murcielago R-GT, ia mencecah 370km sejam diikuti dengan Murcielago LP640 dengan kelajuan 340km sejam. Kedua-dua model ini menggunakan enjin V12 dengan 6000 cc. Fuh, 5 kali ganda lagi laju dari kereta keluaran proton
Fakta 2
Tahukah anda syarikat lamborghini bankrup pada tahun 1978 dan dijual kepada Chrysler. Pada tahun 1998, sebuah syarikat dari jerman Audi AG telah membeli syarikat lamborghini.
Fakta 3
Kebanyakan model kereta lamborghini mempunyai enjin V12 iaitu enjin yang berkuasa tinggi dan diguna pakai oleh kereta super car di dunia ini. Hanya model Gallardo sahaja yang mempunyai enjin V10.
Fakta 4
Tahukah model lamborghini pertama ialah 350GTV pada tahun 1963 dengan kelajuan 280km sejam. Fuh 40 tahun yang lepas tapi dah sampai 280km sejam. Malaysia masih lagi dengan top speed 220km sejam.
Fakta 5
Tahukah anda semua model lamborghini menggunakan pintu jenis scissor atau gunting. Hehe. Pintu yang naik ke atas tu.

No comments:

Post a Comment