EVRA BERSAMA KONTRAK BARU

Patrice Evra (gambar) menyambung kontrak baru bersama Manchester United yang bakal menyaksikannya kekal di Old Trafford untuk sekurang-kurangnya hingga 2014.
Pemain pertahanan berusia 29 tahun dari Perancis itu sudah membantu United memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara serta tiga Piala Liga - kali terakhir dia memenangi piala itu dengan memikul tugas sebagai kapten.



Selepas masa depannya di United terjamin, Evra berkata, dia dahagakan lebih banyak kejuaraan.

“Sebaik saya tiba di United, ia umpama mimpi jadi kenyataan apabila dapat beraksi di sini.



“Penyokong, rakan sepasukan, pengurus serta barisan kakitangan lain bekerja keras membawa kelab ini menjadi salah satu kelab terbaik di dunia.



Pemain pertahanan berusia 29 tahun dari Perancis itu sudah membantu United memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara serta tiga Piala Liga - kali terakhir dia memenangi piala itu dengan memikul tugas sebagai kapten.


“Saya kecapi banyak kejuaraan sejak lima tahun lalu tetapi sebagai pemain, saya mahu memenangi lebih banyak kejuaraan lagi. Inilah juga yang diidamkan oleh setiap pemain di sini,” katanya.

Evra sudah melakar reputasi sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik di dunia sejak berpindah dari Monaco pada 2006.




Kaitannya dengan Monaco pasti menyaksikan dia bakal menjadi tumpuan penyokong Marseille apabila United bakal bertemu skuad bimbingan Didier Deschamps itu pada saingan Liga Juara-Juara esok.



Bagaimanapun, Alex Ferguson tidak gusar dengan reaksi yang bakal diterima Evra, sebaliknya beliau menganggap corak pertahanan kental dipamerkan pemain berpengalaman itu akan menenggelamkan ejekan penyokong tuan rumah.



“Tidak dinafikan Evra adalah salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia,” kata pengendali berbangsa Scotland itu.




“Dia menjadi tonggak utama skuad ini dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelab. Pengalaman serta kemahirannya amat penting bagi kami.”

No comments:

Post a Comment