LIVERPOOL TERSUNGKUR




Liverpool dipaksa ‘kembali menjejakkan kaki di bumi’ selepas tumpas 1-0 di tangan Sporting Braga pada perlawanan pertama 16 terbaik Liga Europa manakala kelab berbelanja besar, Manchester City kecundang 2-0 kepada Dynamo Kiev.
Liverpool yang mencipta kebangkitan di bawah kendalian pengurus sementara, Kenny Dalglish termasuk kemenangan 3-1 ke atas musuh tradisi Manchester United, Ahad lalu perlu memadam kelebihan Braga itu pada perlawanan timbal balik 17 Mac ini jika mahu melangkah ke suku akhir.


Dalam perlawanan yang berlangsung di Portugal itu, Braga mendahului pada minit ke-18 dengan Alan Silva menyempurnakan sepakan penalti selepas Mossoro dijatuhkan Sotiris Kyrgiakos.


Pemain pertahanan Silvio hampir menambah jaringan buat pasukan tuan rumah 20 minit kemudian, namun sepakan separuh voli dari jarak 25 ela terkena palang gol.


Liverpool yang ketinggalan memasukkan penyerang Andy Carroll untuk membuat penampilan pertama di peringkat Eropah dan bekas pemain Newcastle itu pantas membuat impak.



Hantaran Carroll kepada Dirk Kuyt berjaya diselamatkan penjaga gol Braga, Artur. cubaan Carroll selepas itu menyaksikan sepakan kaki kirinya yang terkena pemain lawan nyaris menjumpai sasaran.



Percubaan Kuyt menerusi sepakan voli di luar kotak penalti berjaya dihalang Artur, namun Braga yang kali pertama beraksi dalam Liga Juara-Juara awal musim ini terus ampuh bertahan mempertahankan kemenangan.

“Kami memulakan aksi 35 minit pertama dengan teruk,” kata Dalglish. “Pujian harus diberikan kepada pemain saya kerana memberikan tentangan pada babak kedua. Saya fikir masih ada peluang walaupun kalah 1-0.” City melengkapkan kekecewaan wakil kelab Inggeris apabila mereka tumpas 2-0 ketika beraksi dalam cuaca sejuk di ibu kota Ukraine.



p/s : jana pendapatan dengan penyebaran iklan


No comments:

Post a Comment