PENGADIL ATAU DIKTATOR


seminggu nie banyak perlawanan besar berlangsung dengan mutu pengadilan yg amat rendah yg mengakibatkan pemain2 injured. dimanakah semangat fairplay yg dilaungkan fifa?


pada 15 Februari lalu di Stadium San Siro, ketika perlawanan Liga Juara-Juara di antara AC Milan menentang Tottenham Hotspur, pemain tengah Milan Mathieu Flamini menerjah ke arah Vedran Corluka dengan kedua-dua belah kakinya.
Akibatnya, Corluka cedera parah dan terpaksa diusung keluar padang. Tindakan pengadil adalah sekadar amaran kad kuning.


Pada 6 Mac pula, di Stadium Anfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United, pemain pertahanan The Reds, Jaime Carragher menerjah ke arah Nani dengan kedua dua belah kaki. Akibatnya, kaki Nani cedera teruk! Tindakan pengadil perlawanan adalah amaran kad kuning.


Dua hari selepas itu di Stadium Camp Nou, dalam perlawanan Liga Juara-Juara i antara Barcelona menentang Arsenal, penyerang Robin van Persie menyepak bola selepas pengadil meniup wisel. Tindakan pengadil adalah amaran kad kuning. Itu adalah kad kuning kedua van Persie dalam perlawanan itu yang bermakna dia terpaksa meninggalkan padang.

Dalam dua insiden pertama yang saya nyatakan tadi, kad merah harus dilayangkan kepada Mathieu Flamini serta Jaime Carragher kerana tindakan yang begitu kasar dan merbahaya.

No comments:

Post a Comment