Jom kita review balik apa yang terjadi masa Maharaja Lawak minggu yang pertama dan apa yang menarik
Kalau tengok persembahan awal aku rasa calon-calon kat bawah ni memang favourite la nak jadi Maharaja Lawak!
BALAS
Persembahan diorang agak mengejutkan sebab lebih mantap daripada sebelum nih, terutama watak hantu penjual karipap tu. Dia banyak backup member dia yang satu ketika macam blur-blur sikit. Tapi diorang ni memang tak boleh lari daripada lawak double meaning la. Ayat best "mengaripap ibunya di dapur!"
SEPAH
Turun sebagai Juara Raja Lawak musim ke 3, persembahan diorang memang best. Mungkin sebab dah serasi berlakon bersama membuatkan diorang jadi mantap.Tapi aku tengok watak doktor tu lebih dominan berbanding geng dia yang lain.
JOZAN
Ramai yang menjangka Jozan tidak akan ada banyak masalah dalam persembahan. Tapi agak mengejutkan persembahan diorang semalam bukanlah yang terbaik. Kira tahap boleh la je. Juri Mamat Khalid apa lagi taruk cukup-cukup la, mungkin Jozan terlalu yakin trofi Maharaja Lawak dapat kat diorang kot. Tapi diorang tetap calon favourite aku.
Nabil
Kemunculan si Nabil ni memang ditunggu-tunggu. Selepas kes gambar siput sedut tu agak slow la jugak dia. Aku sebenarnya tak expect persembahan dia menjadi sangat. Tapi hambik ko, memang gelak sakan dengan lawak tali pinggang berkalendar dia.
Aku rasa sepatutnya dia terus buat joke tentang kalendar tu, bukan wat scene rewind-rewind tu. Sampaikan loceng dah bunyi baru la kelam kabut nak keluarkan kalendar dia, siap sampat toleh belakang takut AC Mizal keluar.
Nabil memang profesional, kemampuan melawak dia masih mantapp. Sayangnya tak dapat tengok kenapa dia jatuh kena lempang sebab tak cukup masa. Ayat best "nak jual maruah tak laku dah, bibir pun kering!"
JURI
Barisan juri aku rasa seimbang, Apek dengan gaya lawak selamba dia. Mungkin dia tak kritik sangat tapi dia lebih kepada pak lawak dalam barisan juri, Macam Afdlin Shauki dengan Babyface dulu.
Mamat Khalid stail poyo serius dia, banyak jugak dia kritik terutama kat Jozan. Tapi boleh dikatakan dia nak sesuatu yang lebih, yang baru. Aku pun tak tau baru macam mana dia nak.
Ahmad Idham pulak aku rasa titik seimbang antara Mamat Khalid dengan Apek. Dia ni tak serius sangat, tak lawak sangat pun. Kiranya OK.
Astro memang pandai wat marketing. Lepas ni nak tengok Maharaja Lawak kena langgan pakej Mustika pulak. Takpe aku tunggu kat youtube je lah!
credit : comicstriper
No comments:
Post a Comment