Aku adalah terjumpa novel yg agak menarik tapi aku nie bukanlah plak laki jiwang yg nk habiskan masa baca novel,hahahahaaha. Menarik perhatian aku adalah tajuk novel nie. Tajuk novel nie telah membuat aku rasa nak menulis diari gak tp boleh ke?
Buku 1: Diari Mat Despatch
P/S: Saya tak boleh nak tulis dekat sini kandungan diari Sudara Baharuddin ni, tapi saya cuma boleh share pesanan dekat belakang cover diari ni ok. Baca cover belakang je pun, saya dah tak tahan gelak!!hahahaha.
“Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang atau bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu” JADI TOLONGLAH JANGAN BACA –Baharuddin Bekri* Dapatkan buku ini secara Online di Kedai-Buku.com
Buku 2: Diari Mat Despatch-Lelaki Baik
“Diari bulan Januari yang aku tulis dalam buku laporan sainds sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam ujian BMT dahulu. Kini, aku menulis diari kerana merasakan menulis diari bolleh melegakan perasaan aku dan membuatkan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik” – Bagaimanakan lelaki itu dikatakan lelaki baik? – Baharuddin Bekri* Dapatkan buku ini secara Online di Kedai-Buku.com
No comments:
Post a Comment